Penyatuan Peradaban Melayu: Delegasi INCAF dan Antarabangsa Perkukuh Silaturahim di Istana Hinggap Kesultanan Air Tiris Kampar

Culture 21 Aug 2026 11:21 2 min read 537 views By Internasional Nusantara Cultural Forum
Penyatuan Peradaban Melayu: Delegasi INCAF dan Antarabangsa Perkukuh Silaturahim di Istana Hinggap Kesultanan Air Tiris Kampar
Penyatuan Peradaban Melayu: Delegasi INCAF dan Antarabangsa Perkukuh Silaturahim di Istana Hinggap Kesultanan Air Tiris Kampar

Pada Khamis, 20 Ogos 2026 bersamaan 7 Rabiulawal 1448, kami rombongan dari Malaysia dan Indonesia hadir meraikan acara perayaan Haul ke-69, DiRaja Kerajaan Air Tiris Melayu Kampar , Professor Doktor, TSYDM, Sultan, TBA H.M Yunus Abdullah Rahmadsyah Al Hajj di Istana Hinggap Kesultanan DiRaja Air Tiris Melayu Kampar, Pondok Patin, Pekan Baru. 

Pengerusi International Nusantara Forum INCAF dan juga Pengerusi Koperasi Warisan Seni Budaya Malaysia Berhad Puan Datin Seri Mayya Humairah turut hadir bersama tokoh-tokoh Kehormat yang lain baik dari dalam negara mahupun luar negara. Antaranya dari Malaysia Dato Rosli Md Latif, Dato Khalid Othman, Datin Norsila, Prof Dato Sri Rani. Turut hadir bersama Duta Besar Bangladesh H.E Mr. Md Abul Hasan Mrhida, Raja dari India serta Raja Pakuan Nusantara Bogor, Prof Dr Suhendar SE SH LLM.

Pengerusi INCAF, Puan Datin Seri Mayya Humairah turut memberikan ucaptama ketika dalam upacara majlis tersebut. Beliau menyaksikan kepimpinan dan karisma tinggi yang ditunjangkan oleh Yang Mulia Paduka Sultan Tuanku Profesor Doktor Muhammad Yunus dalam menjunjung dan memartabatkan Kerajaan Melayu dalam dimensi yang lebih dinamik dan berprestij tinggi. 

Penyatuan dan kebersamaan ini jelas memperlihatkan pembudayaan sebenar adat Melayu yang telah terbukti memberikan impak tinggi dalam peradaban dan ketamadunan Melayu khususnya. 

Pekan Baru , Perwakilan INCAF , juga Pada Kesempatan ini memberikan Ucapan Selamat Ulang Tahun Kepada Tuanku Profesor Doktor Muhammad Yunus Ke 69 Semoga Sehat Walafiat dan juga berharap dengan momen ini bisa memperkuat kekeluargaan Melayu Nusantara.

Semoga usaha-usaha seperti ini dapat diperkasakan dan hubungan erat ini dapat memberi impak dalam melestarikan adat budaya rumpun Melayu Nusantara terutamanya dalam meningkatkan ekonomi sejagat dengan meraikan kebersamaan yang bernuansa Nusantara sebenar.

Komentar (1)

Dato Rosli Ab Latif
Usj subang jaya.Malaysia
26 Aug 2026 10:41

Alhamdulillah segala isi kandong nya sangat terbaik Dan Tahniah Juga Pada Dyym PEDUKA SULTAN MELAYU AIRTIRIS. KAMPAR .SEMPURNA HARI KELAHIRAN NYA KE 69TAHUN.DAN TERIMA KASIH Datin Mala .terus kan berjuang.